Saturday, October 15, 2011

Memartabat Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris - MBMMBI

Penggunaan bahasa Melayu kena betul, jangan dibiar ‘tunggang-langgang’

Artikel dari Berita Harian:
Penggunaan bahasa Melayu kena betul, jangan dibiar ‘tunggang-langgang’

Apakah Tanggungjawab Guru untuk Memastikan Hasrat FPK Tercapai?

Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak. Guru memainkan peranan untuk menyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa. Selain itu, guru merupakan pelita kepada murid-muridnya. Jadi, guru haruslah mempunyai segala sifat dan kualiti yang murni dan bernilai. Guru haruslah menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik, pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara. Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti yang murni dan bernilai sahaja dapat menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi.

Guru yang berkualifikasi profesional, iaitu guru yang tahu secara mendalam tentang apa yang diajarkannya, cekap dalam cara mengajarkannya secara efektif serta efisien, dan guru tersebut haruslah mempunyai kepribadian yang mulia. Guru harus maju dalam penguasaan dasar keilmuan dan perangkat instrumentalnya (misalnya cara berfikir, membaca keilmuan, kecakapan problem solving, seminar dan lain-lain) yang diperlukannya untuk belajar lebih lanjut atau berkesinambungan.
Secara nyata guru tersebut harus bertindak jujur, disiplin, adil, setia, tatasusila dan menghayati iman yang hidup. Perkembangan JERI para pelajar amat diutamakan. Guru juga bertanggunjawab mematuhi segala etika perguruan dan sentiasa bertanggungjawab kepada murid, ibubapa, rakan sejawat, masyarakat & negara dan profesion perguruan.

Pengajaran Tatabahasa di Peringkat Sekolah Rendah

Tatabahasa ialah sistem, prosedur, undang-undang dan peraturan yang perlu diketahui untuk mempastikan setiap kata, frasa, dan sintaksis dapat diterima oleh pihak yang menggunakannya termasuk masyarakat penggunannya. Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis. Setiap prosedur, undang-undang dan peraturan yang melingkari pemakaian tatabahasa yang betul akan menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat pemakainya.
Tujuan Pengajaran Tatabahasa
  • Membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar dan mudah difahami orang lain pertuturannya.
  • Membolehkan kanak-kanak memahami dengan lebih jelas tentang makna perkataan dan ayat melalui penganalisisan struktur ayat.
  • Menentukan ayat betul atau salah
  • Persediaan untuk peperiksaan
  • Memudahkan orang asing mempelajari struktur ayat bahasa Melayu
Prinsip Asas Pengajaran Tatabahasa Sekolah Rendah
  • Tatabahasa diajarkan secara penyerapan.
  • Contoh yang banyak penting membina kefahaman murid- murid
  • Banyakkan latih tubi ketika mengajar sesuai dengan Teori Pembelajaran Tingkah laku
  • Alat bantu mengajar penting menyokong kefahaman
  • Menitikberatkan penggunaan tatabahasa yang betul dalam lisan dan penulisan.