Saturday, October 15, 2011

Apakah Tanggungjawab Guru untuk Memastikan Hasrat FPK Tercapai?

Guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak. Guru memainkan peranan untuk menyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa. Selain itu, guru merupakan pelita kepada murid-muridnya. Jadi, guru haruslah mempunyai segala sifat dan kualiti yang murni dan bernilai. Guru haruslah menyemai dan memupuk sifat dan kualitinya sendiri di dalam usaha menjalankan tugasnya sesuai dengan seorang pendidik, pengasuh serta penyebar ilmu pengetahuan dan kebudayaan negara. Hanya guru yang memiliki sifat dan kualiti yang murni dan bernilai sahaja dapat menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab dengan sempurna dan penuh dedikasi.

Guru yang berkualifikasi profesional, iaitu guru yang tahu secara mendalam tentang apa yang diajarkannya, cekap dalam cara mengajarkannya secara efektif serta efisien, dan guru tersebut haruslah mempunyai kepribadian yang mulia. Guru harus maju dalam penguasaan dasar keilmuan dan perangkat instrumentalnya (misalnya cara berfikir, membaca keilmuan, kecakapan problem solving, seminar dan lain-lain) yang diperlukannya untuk belajar lebih lanjut atau berkesinambungan.
Secara nyata guru tersebut harus bertindak jujur, disiplin, adil, setia, tatasusila dan menghayati iman yang hidup. Perkembangan JERI para pelajar amat diutamakan. Guru juga bertanggunjawab mematuhi segala etika perguruan dan sentiasa bertanggungjawab kepada murid, ibubapa, rakan sejawat, masyarakat & negara dan profesion perguruan.

No comments:

Post a Comment